BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 14 June 2011

Tip Hadapi Peperiksaan







Peperiksaan memberikan gambaranKetika anda menghadapi peperiksaan
anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

 terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda
 akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh Tip Untuk Membantu Anda Dalam Peperiksaan:
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, 
jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. 
Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh 
tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan 
menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan
 baik dan selesa untuk anda menulis. 
Duduk dalam keadaan menegak.
Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca 
soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa
 lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. 
Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan
 yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea
 yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk 
membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan 
tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab 
setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah 
dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, 
catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan 
digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, 
kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. 
Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

·                     soalan paling sukar,
·                     yang memerlukan masa yang lebih panjang 
                  untuk menulis jawapannya,
·                     tetapi mempunyai markah sedikit.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah 
jawapan yang patut dipilih.

 Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. 
Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan 
jawapan yang dapat anda abaikan. 
Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda 
tidak pasti kerana pilihan pertama 
jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya 
kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu 
jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat
dulu beberapa idea yang akan ditulis. 
Kemudian susun isi-isi itu mengikut 
susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semaa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

 Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan 
perenggan pertama sebagai pengenalan
 esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk 
membincangkan isi-isi utama secara 
terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, 
contoh, atau petikan 
dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

 Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat
 meninggalkan 
dewan atau bilik setelah anda menjawab semua 
soalan ujian. 
Pastikan anda telah menjawab semua soalan. 
Baca sekali lagi jawapan 
anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa
 dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, 
pastikan tidak ada kesilapan
 (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). 
Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya
 dengan pengiraan ringkas.


Analisa jawapan anda.

 Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam 
mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. 
Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. 
Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan 
ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan 
sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

0 comments: