BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 14 June 2011

jAm Bercakap

jam bercakap...
Seorang budak punk mengajak kawannya
 datang ke rumah barunya. 
Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang 
bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti 
di sebuah gong tembaga yang besar dan 
kelihatan menarik dan antik.
Kawannya bertanya, “apa benda ni? 
Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?”
“Menarik kan?” Jawab budak punk itu. 
“Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap.”
“Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? 
Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit.”
“Demo? Kau serius? Ok, tengok ni,” kata budak punk 
itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil
 menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong 
itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh 
memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah,
 “Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! 
Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!”
“Ah! sekarang dah pukul 2 pagi” 
jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala
 masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

nilai kehidupan...

Nilai Kehidupan

Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walapun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia bisa melewati kesehariannya dengan baik.

Pada suatu ketika, si pemuda merasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu bila-bila akan mati.Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak mempunyai arti.

"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku menamatkan saja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pokok.

Pohon yang dituju, apabila melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. "Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."

Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi meneruskan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, "Wahai anak-anak muda. Anda lihat di atas sini, ada sarang tawon yang sedang dilakukan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mahu membunuh diri, sila pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya. "

Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeza, "Anak muda, kerana rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan untuk sekadar berehat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini."

Setelah pokok yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berfikir, "Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rendang untuk bisa melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".

Segera timbul kesedaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sihat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk bisa pula bermanfaat bagi makhluk lain".

Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
moral :
1) sekiranya kita hidup dengan selalu mengeluh dan bersikap pesimif, kita akan merasakan bahawa hidup ini adalah sangat membebankan dan mungkin akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

2) sekiranya kita hidup dengan menghargai hidup ini, kita akan merasa gembira dengan kehidupan kita 

jom...ketawa bersama...!!

CALON ANGKASAWAN NEGARA...


MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.
Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu.”Sejuta” jawapnye “Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim.”
Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. “Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment.”
Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, “3 juta ringgit.”
“Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?” penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, “Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh”

untuk orang cantik...

Untuk Orang Cantik...




Anda mungkin berasa rendah hati melihat 
kekurangan-kekurangan
 yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk,
 ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. 
Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? 
Tidak, tidak selalunya begitu. 
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. 
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap 
keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

tolong dengar...

Tolong Dengar...

Ada hal-hal yang sangat ingin

kamu dengar tetapi tidak akan

pernah kamu dengar

dari orang yang

kamu harapkan

untuk mengatakannya.

Namun demikian,

janganlah menulikan telinga

untuk mendengar dari

orang yang mengatakannya

dengan sepenuh hati

ketahuilah....


Seseorang yang tidak tahu dan sedar apa yang tidak diketahuinya adalah bodoh -jauhi diri daripadanya Seseorang yang mengetahui dan tidak tahu apa yang diketahui olehnya adalah sedang terlena -bangunkan mereka Seseorang yang tidak tahu dan tidak tahu apa yang diketahuinya adalah jahil -bimbinglah mereka Mereka yang mengetahui, tahu apa yang diketahuinya dan akan menambah pengetahuannya adalah seorang yang bijak -pelajari daripada merekaSeseorang yang mengetahui dan tahu apa yang diketahuinya adalah seorang pemimpin -contohi mereka

hukuman mati

HUKUMAN MATI


Seorang warden penjara cuba untuk 
menghiburkan tahanan penjara yang 
akan menjalani hukuman mati di atas 
kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar
 nanti. "Jangan takut. Daya voltannya 
sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi
 dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.
 Kebetulan pula dari kejauhan terdengar
 laungan kesakitan yang amat luar biasa
 kuatnya dan perpanjangan.
 "Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," 
katanya. Tidak lama kemudian, 
warden tersebut kembali. 
Dengan selamba dia berkata, 
"Tak ada masaalah yang berlaku, 
cuma masalah teknikal sahaja. 
Sekarang elektrik terputus,
 jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

p/s : senyum - senyum selalu....

Tip Hadapi Peperiksaan







Peperiksaan memberikan gambaranKetika anda menghadapi peperiksaan
anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

 terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda
 akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh Tip Untuk Membantu Anda Dalam Peperiksaan:
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, 
jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. 
Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh 
tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan 
menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan
 baik dan selesa untuk anda menulis. 
Duduk dalam keadaan menegak.
Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca 
soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa
 lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. 
Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan
 yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea
 yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk 
membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan 
tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab 
setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah 
dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, 
catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan 
digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, 
kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. 
Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

·                     soalan paling sukar,
·                     yang memerlukan masa yang lebih panjang 
                  untuk menulis jawapannya,
·                     tetapi mempunyai markah sedikit.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah 
jawapan yang patut dipilih.

 Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. 
Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan 
jawapan yang dapat anda abaikan. 
Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda 
tidak pasti kerana pilihan pertama 
jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya 
kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu 
jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat
dulu beberapa idea yang akan ditulis. 
Kemudian susun isi-isi itu mengikut 
susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semaa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

 Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan 
perenggan pertama sebagai pengenalan
 esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk 
membincangkan isi-isi utama secara 
terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, 
contoh, atau petikan 
dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

 Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat
 meninggalkan 
dewan atau bilik setelah anda menjawab semua 
soalan ujian. 
Pastikan anda telah menjawab semua soalan. 
Baca sekali lagi jawapan 
anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa
 dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, 
pastikan tidak ada kesilapan
 (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). 
Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya
 dengan pengiraan ringkas.


Analisa jawapan anda.

 Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam 
mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. 
Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. 
Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan 
ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan 
sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

AnDA STRESSSsss?????


telur
Bismillahirahmanirrahim....

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana 
 anda
 berada dalam situasi yang sangat stress???

stress dengan tugasan yang banyak....

stress dengan mendapat markah yang tercorot....

stress dengan rakan-rakan...

stress dengan keKASih anda.....dll

bertambah stress apabila orang yg kita sayangi 
tidak memahami dan tidak berada dengan kita 
sewaktu kita memerlukan dia.....

sebenarnya setiap orang mempunyai cara yang 
tersendiri untuk

mengurangkan tekanan tersebut...oleh itu, 
saya juga tidak ketinggalan mempunyai 
beberapa cara tersendiri untuk mengurangkan STRESS....
yok mari kita lihat....

~ mandi dengan lama dan bermain air

~ menyanyi

~ mendengar lagu yg boleh menenangkan jiwa

~ menyembur haruman lavender di persekitaran saya.....lavender sgt baik apabila kita stress...

~ membaca majalah2 yang saya suka

~ suka tgok2 fesyen2 baju x kira di kdai atau di majalah


p/s :Disini saya ingin menekankan bahawa apabila
 kita stress JANGAN sesekali kita
berHARAP bahawa Orang lain akan memahami 

kita atau mengharapkan mereka boleh membantu anda....
hal ini kerana seandainya anda terlalu berharap 
dengan keadaan itu..anda sendiri akan mengalami 
stress yang teruk apabila apa yang diharapkan tinggal harapan....